Thursday, May 5, 2011

PENDIDIKAN vs HIBURAN? Yang mana satu pilihan hati?


Lama sudah saya tidak menulis , sibuk kebelakangan ini. Banyak perkara yang terpendam & ingin saya sampaikan. Sama-sama berkongsi mengenai pendidikan anak-anak.
Pada bulan lalu, saya ada membuat presentasi mengenai MYSTAR kepada seorang guru besar sekolah menengah , beliau melahirkan rasa TERUJA dengan sistem ini yang mampu melahirkan lebih ramai cendiakawan di peringkat sekolah. Tetapi di wajahnya ada sedikit kekecewaan apabila diajukan dengan prestasi murid di sekolahnya. Sekolah itu merupakan sebuah sekolah baru& tersergam indah. Pelajar-pelajar sekolah menengah sekarang , tidak sama seperti dahulu katanya. Mereka sekarang semakin berani, Ada yang berani secara +ve & ada juga -ve. Pelajar -ve itulah yang membawa masalah kepada sekolah, bukan hanya disiplin malah prestasi pembelajran juga. Kasihan melihat guru seorang ini. Tekadnya untuk mendidik pelajar-pelajar ini tak pernah padam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran & dugaan. HEBAT! Jati dirinya tinggi! Moga apa yang diimpikan tercapai dalam melaksanakan tanggungjawab kepada AGAMA , BANGSA & NEGARA.
 Dia melahirkan rasa GEMBIRA dengan kewujudan SISTEM PEMBELAJARAN E-PENDIDIKAN INI. Tapi sekali lagi gusar dengan sekolah yang kekurangan MODAL. Saya utarakan beberapa cara untuk mendapatkan modal iaitu mendapatkan bantuan dari syarikat-syarikat koporat.  Dia tersenyum sekali lagi, tapi alangkah baiknya jika modal itu boleh dikeluarkan oleh ibubapa pelajar2 tersebut. Dia merenung dan menyatakan yang kebanyakan ibubapa tidak suka untuk berbelanja kepada pendidikan di sekolah, tetapi jika hiburan , tak jadi masalah. Saya ajukan pertanyaan , HIBURAN? Ya dia menjawab jika nak subscribe ASTRO atau GAMES atau beli Handphone untuk anak-anak, mereka selalunya OK AJE. Bila difikir-fikirkan, betul jugak apa yang dirungutkan Cikgu ini. Yelah, berapa banyak piring ASTRO terlekat di rumah-rumah seluruh malaysia.. banyak tu.. Dari SEBESAR-BESAR rumah hingga SEKECIL-KECIL rumah, kebanyakannya ada ASTRO. Yalah tu..MEMANG BANYAK!

Tapi saya percaya, anda-anda yang membaca ini adalah orang yang mementingkan ILMU. AKAL yang pintar datangnya daripada ILMU yang kita ada. Hanya ILMU yang membezakan AKAL sesama kita. Bila direnung-renungkan ,tiada apa yang saya boleh tinggalkan untuk anak-anak saya melainkan ILMU.  Teringat saya pada anak saya ketika berusia 6 tahun yang telah membicarakan tentang MATI. Masa tu tersentak saya dibuatnya kerana tiba-tiba dia berkata :-
" Ibu, jika haziq dah mati, apa ibu buat?"tanya anak kecil saya
"Apa haziq merepek ni? , soal saya yang agak cuak kerana tiba-tiba dia bertanya begitu.
"Kalau Haziq mati, ibu sedekahkan Al-Fatihah & Mengaji untuk Haziq" jawabnya jujur
Terus saya memeluknya kerana anak sekecil ini telah berada satu tahap ke hadapan , yang bagi saya ketika itu usianya baru mencecah 6 tahun dan masih mentah tetapi mampu membicarakan soal ini..
ASTRO pula, saya juga melanggan astro, dan mengambil pakej education. Mulanya untuk anak-anak belajar, tapi lama kelamaan saya lihat mereka lebih menonton kartun, walaupun mereka gemar juga menonton National Geographic yang mendatangkan ilmu pada mereka. Bila cerita yang sama asyik ditayangkan, saya tahu saya kena mencari alternatif lain yang boleh menarik minat mereka belajar. Prestasi pelajaran mereka tidaklah teruk , tapi apapun, bagi saya KECEMERLANGAN akademik & rohani adalah satu TIKET untuk mereka bagi menempuh dunia & zaman mereka. Inilah mulanya saya mula berjinak-jinak dengan MYSTAR. Alhamdulillah, MYSTAR banyak membantu saya. Senang bagi saya untuk memantau pendidikan mereka & tidak risau lagi bila mereka mengakses internet, kerana MYSTAR menyediakan pelbagai akses untuk membantu mereka dengan IQRA, Fardhu Ain, Al-Quran, Belajar Bahasa< Ilmu AKedemiknya & macam-macam lagi. Saya yakin dengan pilihan saya kini untuk  melahirkan anak-anak yang cemerlang. Kini, saya tekad untuk berkongsi dengan semua dalam memperkasakan ILMU secara HOLISTIC & di dalam menempuh zaman ILMU Di Hujung Jari untuk pembangunan modal insan yang HEBAT dalam menerajui MALAYSIA secara amnya untuk masa hadapan.


DAFTAR PERCUMA...

Daftar Percuma...

Aishah - 012-2659317 (mystarku@gmail.com)

No comments:

Post a Comment